Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Thursday, 5 May 2016

KEJAR DUNIA, TIADA AKHIRAT - KEJAR AKHIRAT, DUNIA DATANG MENGEJAR

Kejarlah akhirat, nescaya dunia dan akhirat akan engkau dapat.

Namun jika tujuan hidupmu hanya untuk mengejar-ngejar dunia yang fana ini,

sungguh dunia akan pergi menjauh darimu dan kelak di akhirat engkau termasuk orang-orang yang rugi.


Manusia pada hari ini semakin lama semakin leka mengejar dunia, sehinggakan sanggup menindas antara satu sama lain malah ada juga sehinggakan sanggup bermusuhan dengan kawan sendiri. Hanyalah untuk mengejar dunia semata-mata seperti harta, pangkat, darjat,  pekerjaan, nama, dan lain-lain lagi.

Perkara ini semua berlaku adalah disebabkan tiada kesedaran dalam diri.
kesedaran yang saya maksudkan disini adalah jika kamu islam, siapa tuhan mu, siapa menciptakan mu, siapa yang memberi rezeki kepada mu. Manusia semakin lupa dan semakin jauh dengan penciptanya .

Dan kerana itulah, tiada lansung rasa serba salah apabila tidak mengikut perintah dan larangan ,
tiada lansung rasa bersyukur , tiada lansung rasa berterima kasih pada penciptanya yang tidak pernah kedekut dan berkira dengan nikmatnya.

"nikmat didunia hanya sementara"
"akhirat jualah tempat yang kekal selama-lamanya"

saya percaya semua pernah mendengar ayat ini, tetapi masih ramai yang kurang faham apa maksud disebalik ayat ini. buat apa kita beriya-iya mengejar dunia yang bersifat sementara.

telah dijanjikan menerusi hadis Rasulullah shāllallahu ‘alaihi wa alihi wasallam bersabda :

Barangsiapa menjadikan dunia sebagai tujuan hidupnya, niscaya Allāh akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kefāqiran membayangi kedua matanya, dan duniā tidaklah datang kepadanya melainkan apa yang telah ditetapkan baginya. Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan hidupnya, maka Allāh akan mengumpulkan segala urusannya dan menjadikan kekayaan memenuhi hatinya, dan dunia mendatanginya dalam keadaan hina.

Friday, 29 April 2016

SEDEKAH -banyak memberi banyak menerima-

Sahabat yang dirahmati Allah,

Apakah sumbangan kalian untuk memakmurkan dimuka bumi Allah ini? Apakah hidup kalian banyak memberi manfaat kepada manusia dan makhluk Allah s.w.t. atau pun sebaliknya?


Yakinilah bahawa seandainya kalian membelanjakan harta yang kalian miliki dijalan Allah adalah sama seperti 'sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji'. Allah s.w.t. akan melipatgandakan pahala di atas semua amal kebaikan yang dilaksanakan ikhlas semata-mata mencari keredhaan-Nya.

Tuesday, 26 April 2016

BAHAYA PENYAKIT HASAD DENGKI DAN CARA MENGHADAPI MEREKA YANG ADA HASAD DENGKI




Sesungguhnya orang yang pertama kali berbuat dengki di langit ialah iblis terkutuk, maka berlanjutanlah sifat dengki itu seperti yang ada. Dan orang yang pertama kali melakukan dengki di dunia ialah Qabil pada saat dia berhasad dengki terhadap saudara kandungnya yakni Habil, maka berlanjutanlah sifat dengki seperti yang ada. Maka cukuplah perbuatan keduanya itu sebagai nasihat dan pengajaran bagi mereka yang berfikir.

Friday, 22 April 2016

Ganjaran Amalan Digandakan Pada Jumaat

JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. 









Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah: