بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِوَبَرَكَاتُهُ
Mungkin anda tertanya-tanya adakah anda tergolong dalam orang-orang yang diganggu oleh jin dan syaitan atau lebih jelas lagi, tubuh anda menjadi tempat tinggal jin. Tipu daya jin dan syaitan sangat licik semata-mata untuk
menyesat kan manusia.
Disini saya senaraikan 41 tanda2 jika anda menjadi sasaran jin dan syaitan.
Jika ada, segera lah berubat sebelum merebak ke ahli keluarga anda kerana jin tidak akan pernah puas menyesatkan manusia.
41 Tanda-tanda jin ada dalam badan
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
sumber : jalanakhirat.wordpress.com
Kewujudan JIN DAN SYAITAN hanyalah untuk menyesatkan manusia dan kita sebagai seorang muslim wajib mempercayainya. Makhluk ini juga ciptaan ALLAH SWT. tetapi mereka diciptakan daripada api seperti yang terdapat dalam
Al-quran yang bermaksud ;
" Dan DIA menciptakan jin dari api." (Surah Rahman , ayat 15)
"Sesungguhnya kamu (wahai iblis) diberi tangguh untuk mengganggu anak Adam hingga hari kiamat." (Surah Sad, ayat 81).
ADAKAH ANDA SEDANG MENGALAMI GANGGUAN JIN ATAU SIHIR ??
SHEIKH ABDUL RAHMAN MOHAMED
Pengamal Ruqyah
* Mencipta permusuhan antara manusia. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya syaitan bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu." (Surah Al-Maidah, ayat 91).
* Menghilangkan pertimbangan akal yang waras. Sabda Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah kerana perasaan itu adalah datang daripada syaitan."
* Tamak dan hasad dengki. Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh di atas bahteranya: "Dua perkara yang akan merosakkan manusia disebabkan iblis, dengki dan tamak." (Ibnu Jauzi).
* Mencipta bibit perpecahan sesama umat Islam. Dari sahabat bernama Jabir bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya iblis putus asa terhadap orang yang solat tetapi ia mampu memecahbelahkan perpaduan mereka." (Hadis riwayat Bukhari).
* Memesongkan akidah umat Islam. Firman Allah bermaksud: "Dan syaitan berusaha untuk menyesatkan umat Islam dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisa', ayat 60).
* Menyeru kepada kejahatan. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 169).
* Menghalal serta mengharamkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui." (Surah Al-Baqarah, ayat 169).
* Menjauhkan manusia daripada mengingati Allah. Firman Allah bermaksud: "Sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah maka syaitan adalah teman yang selalu bersamanya." (Surah Az-Zukhruf, ayat 36).
* Mencipta perbalahan dalam agama. Firman Allah bermaksud: "Ada di kalangan manusia yang membantah mengenai agama Allah tanpa ilmu dan mengikut syaitan yang jahat." (Surah Al-Haj, ayat 3).
ADAKAH ANDA SEDANG MENGALAMI GANGGUAN JIN ATAU SIHIR ??
SHEIKH ABDUL RAHMAN MOHAMED
Pengamal Ruqyah
No comments:
Post a Comment