ASSALAMUALAIKUM,
Di dalam mencari kebahagian, mencari ketenangan hati, kita sebagai hamba allah diwajibkan bersyukur keatas nikmat yang kita miliki sekarang. Bersyukur disini bermaksud berterima kasih, Allah s.w.t telah memberikan nikmat yang sangat banyak kepada hambanya.
Segala apa yang kita miliki sekarang merupakan nikmat daripada Allah seperti, masa, kewangan, kesihatan, kebahagian, dan apa jua yang kita miliki. Ia adalah nikmat daripada Allah s.w.t. dan kita sepatutnya berterima kasih keatas segala nikmat itu.
Kadangkala kita beriya-iya berterima kasih kepada mereka yang berbuat jasa kepada kita, sehinggakan kita terlupa akan nikmat yang kita perolehi selama ini, datang dari siapa.
Allah S.W.T menjanjikan akan menambah nikmat jika kita pandai bersyukur, seperti pada firmannya:
“La'insyakartum la'aziidannakum wa la'inkafartum 'inna 'adzaabii lasyadiid”
Menurut Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa cara bersyukur kepada Allah S.W.T terdiri dari empat komponen, iaitu:
1. Syukur dengan Hati.
Syukur dengan hati dilakukan dengan menyedari sepenuhnya bahawa nikmat yang kita peroleh, baik besar, kecil, banyak maupun sedikit semata-mata kerana anugerah dan kemurahan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: “Segala nikmat yang ada pada kamu (berasal) dari Allah”(QS. An-Nahl: 53)
Syukur dengan hati dapat menyebabkan seseorang menerima anugerah Allah dengan penuh kerelaan tanpa sebarang rungutan walaupun betapa kecilnya nikmat tersebut. Syukur ini akan melahirkan betapa besarnya kemurahan dan kasih sayang Allah sehingga terucap kalimat tsana' (pujian) kepada-Nya.
2. Syukur dengan Lisan.
Apabila hati seseorang sangat yakin bahawa segala nikmat yang ia perolehi itu bersumber dari Allah, maka secara spontan ia akan mengucapkan “Alhamdulillah” (segala puji bagi Allah). Malahan, apabila ia memperoleh nikmat dari seseorang, lisannya tetap memuji Allah. Sebab ia yakin dan sedar bahawa orang tersebut hanyalah perantara yang Allah kehendaki untuk “menyampaikan” nikmat itu kepadanya.
“Al” pada kalimat “Alhamdulillah” berfungsi sebagi “istighraq” yang mengandung erti keseluruhan. Manakala kata alhamdulillah bererti bahwa yang paling berhak menerima pujian adalah Allah S.W.T, bahkan seluruh pujian harus tertuju dan berakhir kepada-Nya.Oleh kerana itu, kita harus mengembalikan segala pujian kepada Allah.
Pada saat kita memuji seseorang kerana kebaikannya, hakikat pujian tersebut harus ditujukan kepada Allah S.W.T.Sebab, Allah adalah Pemilik Segala Kebaikan.
3. Syukur dengan Perbuatan.
Syukur dengan perbuatan bermaksud, bahawa segala nikmat dan kebaikan yang kita terima harus dipergunakan ke jalan yang diredhai-Nya. Contohnya, untuk beribadah kepada Allah, membantu orang lain dari kesulitan, dan perbuatan baik lainnya. Nikmat Allah harus kita pergunakan secara profesional dan tidak berlebihan untuk berbuat kebaikan.
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam menjelaskan bahawa Allah sangat suka melihat nikmat yang diberikan kepada hamba-Nya itu dipergunakan dengan sebaik-baiknya.
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah suka melihat atsar (bekas/wujud) nikmat-Nya pada hamba-Nya” (HR. Tirmidzi dari Abdullah bin Amr).
Maksud dari hadits diatas adalah bahwa Allah menyukai hamba yang menampakkan dan mengakui segala nikmat yang dianugerahkan kepadanya. Misalnya: Orang yang kaya hendaklah membahagikan hartanya untuk zakat, sedekah dan sebagainya. Orang yang berilmu pula membahagikan ilmunya dengan mengajarkannya kepada manusia lain, memberi nasihat, dsb.
Maksud membahagi diatas bukanlah untuk menunjuk, tetapi sebagai tanda syukur yang didasaari karena-Nya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)”(QS. Adh-Dhuha: 11).
4. Menjaga Nikmat dari Kerosakan.
Ketika nikmat dan kurnia diperolehi, cubalah untuk dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Setelah itu, usahakan untuk menjaga nikmat itu dari kerosakan. Misalnya: Ketika kita dianugerahi nikmat kesihatan, kewajiban kita adalah menjaga tubuh untuk tetap sihat dan segar agar terhindar dari sakit. Demikian pula halnya dengan nikmat iman dan Islam, kita wajib menjaganya dari “kemusnahan” yang disebabkan oleh keingkaran , murtad dan lemahnya iman.
Untuk itu, kita harus sentiasa memupuk iman dan Islam kita dengan solat, membaca Al-Qur'an, menghadiri majli-majlis taklim, berzikir dan berdoa. Kita pun harus membentengi diri dari perbuatan yang merosakkan iman seperti munafik, ingkar dan kemungkaran. Kuncinya, setiap nikmat yang Allah berikan harus dijaga dengan sebaik-baiknya.

No comments:
Post a Comment