Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sahabat yang di rahmati Allah,
Jimak adalah perlakuan persetubuhan antara suami dan isteri, iaitu dengan memasukkan batang zakar kedalam faraj isteri. Sebelum melakukan jimak, suami isteri haruslah mengikut adab-adab yang tertentu. Agar tidak di sertai dengan jin. terlalu banyak kesan buruk yang akan menimpa jika jin sudah ikut serta ketika anda melakukan jimak.
Doa sebelum jimak
Pastikan sebelum anda berjimak dengan pasangan suami-isteri bacalah dulu doa jimak, kelebihan doa ini dimana jin atau syaitan tidak dapat menyertai persetubuhan itu. Jika ditakdirkan persetubuhan itu menjadi anak, insyallah anak itu tidak akan dapat dipengaruhi oleh jin, syaitan dan iblis. Anak tersebut juga akan cenderung kepada kebaikan, ini adalah satu persediaan yang baik untuk perkembangan jiwa anak-anak.
Berdoalah dalam bahasa Arab.
Maksud doa: "Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki (bayi) yang akan Engkau anugerahkan ia pada kami."
(H.R Bukhari)
(H.R Bukhari)
Penjelasan :
Doa ini dibaca ketika pasangan suami isteri akan berjimak.. Al-Bukhârî menjelaskan, Nabi SAW bersabda: "Sekiranya salah seorang kamu mendekati isterinya (bersetubuh dengan isterinya) dan membaca doa ini, lalu berhasillah dengan jimak itu seorang anak, nescaya anak itu tidak dapat dimudaratkan syaitan."
Adab selepas berjimak
1. Jangan terus meningalkan suami atau isteri dengan kadar segera.
2. Suami hendaklah memastikan isteri merasa puas dengan persetubuhan yang dilakukan. Tanda isteri puas ialah tubuhnya akan terasa sejuk.
3. Jangan segera mencuci alat kelamin setelah selesai berjimak.
4. Basuh dahulu zakar dan faraj jika mahu melakukan jimak kali kedua dalam masa yang sama.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete:b
ReplyDelete