Sebenarnya kekuatan minda yang positif ini sangat penting apabila anda mengalami masalah ataupun mengalami kegagalan dalam hidup. Minda yang positif tidak menyalahkan dunia sekelilingnya dan tidak juga terus merasa kecewa dan merasai dirinya tidak berguna, Mereka yang mempunyai minda yang berfikiran positif akan bangkit dan sentiasa melihat akan sesuatu itu kearah kebaikan.
= Anda seorang peniaga restoran. Andai kata, ada sebuah lagi restoran akan dibuka disebelah restoran anda.
+ Bagi yang positif, mereka akan berasa beruntung kerana dapat meriahkan lagi kawasan restoran itu dan juga dapat menambahkan lagi bilangan pelanggan dan kawasan akan lebih diketahui.
- Tetapi bagi mereka yang sebaliknya akan merasa persaingan ini akan membuatkan perniagaan mereka tergugat malah lebih teruk. berfikir pesaing itu mempunyai niat tidak baik terhadap mereka.
1. Kenalpasti pemikiran negatif yang ada dalam diri sebelum ia menjadi akar umbi. Jika anda rasa mood anda kembali suram, berhentilah daripada berfikir tentang mereka sebelum anda tunduk kepada mereka. Kawal emosi anda, jangan biarkan emosi mengawal anda.
2. Berkawan dengan orang yang berfikiran positif. Secara tidak langsung, anda juga akan berfikiran positif.
3. Orang yang berfikiran negatif boleh menjangkiti orang lain. Jadi, jauhkan diri anda daripada orang yang selalu berfikiran negatif.
4. Bersenam dan makan makanan seimbang. Jika anda nampak hebat dari segi luaran, sudah tentu dalamannya juga hebat dan bagus.
5. Rajinkan diri untuk mengemas dan menyusun barang-barang anda. Anda harus dikelilingi oleh benda-benda yang anda suka dan membuatkan anda rasa hebat. Contohnya gambar keluarga, buku kegemaran, pokok hiasan, gambar kesenian atau apa saja yang bermakna buat anda.
6. Jika ada seseorang memberitahu anda yang anda tidak boleh melakukan sesuatu, maka ambillah ia sebagai cabaran dan buktikan kepada mereka yang anda boleh melakukannya. Ini adalah peluang kepada anda yang mana mereka tidak boleh atau takut untuk melakukannya. Jika anda menunjukkan mereka ia boleh dibuat, mungkin mereka mendapat sumber inspirasi daripada anda atas kejayaan yang anda perolehi. Anda boleh menjadi contoh kepada mereka untuk mereka berfikiran positif.
7. Apabila anda merasa sangat kecewa dengan kehidupan anda atas segala nasib malang yang menimpa anda, anda harus mengingatkan diri anda bahawasanya semua itu adalah dugaan daripada Tuhan yang hanya menguji kita. Yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
8. Jadilah sukarelawan dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan. Bukan sahaja anda menyedari tentang orang yang mempunyai masalah lebih besar daripada anda, namun terdapat keadaan emosional dan kerohanian yang harus anda alami ketika membantu mereka.
9. Hilangkan tekanan. Masalah anda akan menjadi lebih besar jika anda selalu dalam keadaan tertekan. Dengan itu, jauhkan diri anda daripada tekanan.
10. Teruskan berfikiran positif. Memulakannya adalah mudah. Cuma mengekalkannya adalah cabaran. Jadikan ia tabiat anda untuk sentiasa berfikiran positif sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup anda.
Ikutilah 10 tip di atas untuk berfikiran positif dan berjaya dalam mencapai lebih kebahagiaan dan kesihatan dalam minda.
No comments:
Post a Comment