Wednesday, 20 April 2016

TANDA-TANDA RUMAHTANGGA TERKENA SIHIR PEMISAH (SIHIR TAFRIQ)

ASSALAMUALAIKUM,

Entri pada kali ini mengenai sihir tafriq, iaitu sihir pemisah. pada kebiasaannya sihir ini berlaku apabila seseorang itu menginginkan sebuah pasangan itu berpisah atau tidak bersama. bukan suami isteri sahaja yang boleh terkena sihir ini, malahan ibu dan anak , ayah dan anak , majikan dan pekerjanya, antara jiran tetangga. tetapi yang menjadi masalah yang sangat besar apabila ia melibatkan  penceraian antara suami isteri. 

  


Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:


1. Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan kelamin. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.

2. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.

3. Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.

4. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.

5. Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.

6. Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.

7. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.

8. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.

9. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.


Sekiranya ada banyak daripada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.



Doa Elak Sihir Tafriq ( Pemisah Suami Isteri)

Sihir tafriq adalah sihir yang digunakan untuk memisah pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan ada juga kepada pasangan yang sudah lama berkahwin. Sebabnya kerana sakit hati atau hasad dengki (PHD) kepada pasangan ini yang hidup aman dan bahagia.
Doa ini jika diamalkan selain dapat mengelak sihir tafriq, sebagai doa mengekalkan kebahagiaan rumahtangga sehingga akhir hayatnya kecuali berpisah kerana kematian.
Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)

Amalkan ketiga-tiga ayat ini setiap kali selepas solat wajib. Mohon padaNya supaya dipelihara dan dilindung oleh niat jahat orang.


Ayat Doa 1
Ayat Doa 2
Image
Ayat Doa 3


Image




Ibnu Kathir menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Al-Qurthubi menceritakan dari Wahab bahawa dia mengatakan,

“Ambillah 7 helai daun bidara lalu tumbuk di antara 2 batu kemudian dicampurkan dengan air dan dibacakan Ayat Kursi kemudian diminumkan kepada orang yang terkena sihir sebanyak 3 kali tegukan lalu dimandikan dengan air sisanya maka ia akan menghilangkan sihirnya. Terutama bagi suami yang terhalang menggauli isterinya.”


Ibnu Kathir mengatakan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan. 




Daun bidara telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. tetapi dengan teknologi sekarang daun bidara telah berjaya di jadikan sabun mandian untuk mengubati ganguan jin dan sihir ini. boleh klik link di bawah untuk maklumat lanjut mengenai sabun daun bidara.




SABUN DAUN BIDARA:

https://www.facebook.com/produkmuslimsejati4u/





11 comments:

  1. saya ada masalah ni, kadang2 perkara kecik pon kami nak bertengkar, nak bergaduh terok, x sangka..

    ReplyDelete
  2. istigfar bnyk2 bila rasa nak marah, insyaallah, reda.

    ReplyDelete
  3. Semenjak saya dan keluarga pindah Melaka...Ayah saya sering marahkan ibu saya dan saya sering diganggu oleh bayangan tu sendiri sebelum saya tidur...Dan sekarang ayah saya sering marah ibu supaya pulang ke Kedah supaya tinggalkan dia di Melaka...

    ReplyDelete
  4. Suami saya telah di sihir tetapi die tidak prcaya.bagai mana harus saya lakukan.

    ReplyDelete
  5. Jika ada 2 botol air, air nya warna merah diletakkan di sudut tangga antara satu.. Apa mksud nya ye? Ada tuan tuan kt sini tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai air dlm botol kaler merah petua bg org yg bela kucing tak nak bg kucing kencing merata2 so letak lah air warna merah tu...

      Delete
    2. KAT DEPAN UAMAH SAYA ADA 4 BOTOL AIR MERAH..UNTUK ELAK KUCING KENCING...PETUA..MMG MENJADI..ORANG DATANG UMAH NGAN LALU LALANG MESTI TANYE N PELIK..IGT PETROL KATENYE...HEHEHEH

      Delete
  6. Saya alami semua simptom ini tp sukar nk percaya benda ni wujud, saya nak cari ustaz yg pandai tengok benda ni.Tp kt mane

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh hubungi ustaz mohd. Dia boleh bantu. Ni no telefon dia 0176070004

      Delete
  7. Kat padang jawa. Orang panggil cikgu.

    ReplyDelete
  8. tanda2 diatas memang sama seperti apa yg saya lalui sejak berkahwin dan mimpi yg bkn2 mcm kene patuk ular mimpi bermain dgn ular mimpi say bela ular mmg kerap sgt mimpi mcm tuh... dan bile saya nampak muka suami rase mcm nmpk salah jea asyik2 gaduh saja dan kadang2 saya sendiri tak tau apa yg saya buad kesian sgt dkt suami smpai rasa mcm dah mengalah... tapi bila keluar dari rmh takde pulak saya mmg perlukan bantuan tolong saya sesiapa yg ada kenal mana2 ustaz please reply komen saya...

    ReplyDelete