Namun jika tujuan hidupmu hanya untuk mengejar-ngejar dunia yang fana ini,
sungguh dunia akan pergi menjauh darimu dan kelak di akhirat engkau termasuk orang-orang yang rugi.
Manusia pada hari ini semakin lama semakin leka mengejar dunia, sehinggakan sanggup menindas antara satu sama lain malah ada juga sehinggakan sanggup bermusuhan dengan kawan sendiri. Hanyalah untuk mengejar dunia semata-mata seperti harta, pangkat, darjat, pekerjaan, nama, dan lain-lain lagi.
Perkara ini semua berlaku adalah disebabkan tiada kesedaran dalam diri.
kesedaran yang saya maksudkan disini adalah jika kamu islam, siapa tuhan mu, siapa menciptakan mu, siapa yang memberi rezeki kepada mu. Manusia semakin lupa dan semakin jauh dengan penciptanya .
Dan kerana itulah, tiada lansung rasa serba salah apabila tidak mengikut perintah dan larangan ,
tiada lansung rasa bersyukur , tiada lansung rasa berterima kasih pada penciptanya yang tidak pernah kedekut dan berkira dengan nikmatnya.
"nikmat didunia hanya sementara"
"akhirat jualah tempat yang kekal selama-lamanya"
saya percaya semua pernah mendengar ayat ini, tetapi masih ramai yang kurang faham apa maksud disebalik ayat ini. buat apa kita beriya-iya mengejar dunia yang bersifat sementara.
telah dijanjikan menerusi hadis Rasulullah shāllallahu ‘alaihi wa alihi wasallam bersabda :
Barangsiapa menjadikan dunia sebagai tujuan hidupnya, niscaya Allāh akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kefāqiran membayangi kedua matanya, dan duniā tidaklah datang kepadanya melainkan apa yang telah ditetapkan baginya. Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan hidupnya, maka Allāh akan mengumpulkan segala urusannya dan menjadikan kekayaan memenuhi hatinya, dan dunia mendatanginya dalam keadaan hina.